~SEJARAH TERJADINYA SOLAT FARDHU 5 WAKTU~






SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar nabi Adam sembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama
Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua   
Tanda syukur kerana siang telah menjelma.



ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah nabi Ibrahimsebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama
Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat Kedua
Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga
Tanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Rakaat Keempat
Tanda syukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas



 ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu sedang masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu sembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan dari 4kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama
Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua
Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga
Kelam dengan malam
Rakaat Keempat
Kelam dengan perut ikan Nun



MAGHRIB
Manusia yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t
Rakaat Kedua
Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat Ketiga
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t semata-mata, tiada dua atau tiganya



ISYAK
Manusia yang pertama mengerjakan solat Isyak pula ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat Pertama
Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua
Tanda dukacitanya pada saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga
Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat
Tanda dukacita terhadap anak Firaun



 Sumber : www.iLuvislam.com



No comments:

Post a Comment

Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^