Ber DOA hanya pada ALLAH S.W.T


 “Dan jika hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”
(Q.S Al-Baqoroh: 186)

“… Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau minta tolong, minta tolonglah hanya kepada Allah”
(H.R Ahmad, at Tarmidzi, AlHakim, dan Ibnu Hibban menyatakan hadith tersebut sohih)



Pada suatu hari, seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur telah berjaya menangkap seekor ikan. Namun, seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan tersebut daripada tangannya dan memukulnya. Maka Abu Jaafar pun berkata,

“Ya tuhanku engkau telah menciptaku dalam keadaan yang lemah dan dia dalam keadaan yang gagah perkasa sehingga dia dapat menganiaya aku. Turunkanlah pengajaran untuknya.”

Setibanya pengawal itu dirumahnya, dia pun menggoreng ikan tersebut.
 Ketika dia meletakkan ikan di atas hidangan, tiba-tiba tangannya tertusuk duri ikan itu. Tangannya menjadi parah dan ulat memakan tangannya. Lama kelamaan tangannya terpaksa dipotong kerana sudah tidak tertahan. Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendengar suatu suara berkata

“Kembalikanlah hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini.”

Setelah dia tersedar, barulah dia teringat ikan yang pernah dirampasnya daripada Abu Jaafar. Maka, dia pun pergi menemui Abu Jaafar dan memberinya 10 ribu darham dan memohon halalkan ikan yang diambilnya.
Sebaik Abu Jaafar memaaf dan menghalalkannya, dengan izin Allah S.W.T, serta merta ulat-ulat itu jatuh dari tangannya dan sembuh seperti sedia kala.

Wallahualam... :D
sumber cerita : 
www.iluvislam.com


No comments:

Post a Comment

Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^