Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan
dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk
membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan
azan Subuh.
Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit” iaitu
malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’ “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh
pagi tadi??”.
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Malaikat berkata
lagi, “tetapi mengapa
kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya.
Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan
laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat
dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya
yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni
langit.
Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian
yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang
dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan
Bilal Bin Rabah.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat
melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya
terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan
melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.
Penolakan Bilal Bin Rabah menjadi muazin selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W bukanlah disebabkan ketiadaan Rasulullah, tetapi
kerana Bilal tidak mampu melaungkannya lagi disebabkan perasaan hibanya tatkala
menyebut nama ‘Muhammad Rasulullah’. Menariknya, laungan azan oleh Bilal pernah
menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis.
Sumber: www.iLuvislam.com
Sumber: www.iLuvislam.com
No comments:
Post a Comment
Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^