Meneladani Rasulullah melalui amalan Sehari Semalam

Bismillah.

 Salam ukhuwah fillah.

Asif sebab rarely to update.Tapi atas ingtan sahabat.Ana ambil kesempatan ni untuk share sesuatu.

Pejam celik-pejam celik~_~/^_^,kita dah pun berada di penghujung tahun 2011.

Sama-sama kita check diri kita,adakah kita dan memanfaatkan masa,tenaga,waktu,dan seangkatan dengannya pada tahun 2011 untuk berjihad untuk Islam?Renung-renungkan dan selamat beramal^_^

Sharing Maksud hadis:

Dari Jabir bin A'bdullah r.a. sesungguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk rumah dan ketikan hendak makan,maka syaitan berkata kepada kawannya."Malam ini tidak ada tempat kalian bermalam dan tidak ada pula makan malam.Apabila orang itu tidak menyebut basmalah ketika hendak masuk rumahnya.maka syaitan berkata (kepada kawan-kawannya)"Malam ini kalian mendapat tempat bermalam"Dan apabila tidak menyebut basmalah ketika hendak makan,syaitan pula kpd kawan-kawannya."Sekarang kamu mendapat tempat serta makan malam."
-Hadis Riwayat Muslim-

Dua perkara kecil dan kadangkala dianggap remeh..Makan dan adab ketika masuk rumah.

HijraH kita perlulah ada 3 visi.
1.Hijrah bermula dengan perkara-perkara kecil
2.Hijrahlah mulai saat ini
3Hijrah biar sedikit tetapi istiqamah.

Straight to the point,2012 pun bakal menjelma insyaAllah.Xsalah kita mendouble extra kita punya effort untuk berubah untuk jadi khalifah yg lebih baik dcc Allah.

Kalau dalam Islam,pada awal muharram yang lalu,kita pun dah meraikan tahun hijrah yang baru(alhamdulillah)^_^..Tarikh ini lebih penting.=)

Tidak kiralah tahun 2012 atau yang seterusnya,Biarlah kita sentiasa tasydid Niat untuk sentiasa relatekan semua perkara yg selaras dgn Islam hanya krnAllah agar semuanya dikira sbg Ibadah<3

Kesimpulan: Mulakan sesuatu perkerjaan dengan Basmalah itu sunnah nabi.Mari kita amalkan.^_^

Bagaimana Persediaan Kita??

Salam ukhuwah Buat semua....
Semoga Sentiasa berada dalam nikmat kurniaan Allah selalu...

Menghitung hari-Detik demi detik...
untuk warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,tinggal beberapa hari lagi kita akan kembali melangkah untuk menyambung pengajian masing-masing...
Cuba kita muhasabah diri kita kembali..Apa yang kita lakukan sepanjang cuti dan nikmat kelapangan yang Allah bagi?adakah kita manfaatkan dengan sebaiknya?Atau kita sekadar membiarkan masa lalu kita dgn sia2?tepuk dada tanya Iman kita..

Dalam Surah Al-Asr : "Demi masa,Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiaan,kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Jadi,sama-sama kita nilai diri kita samada kita memanfaatkannya atau tidak...
Result semester lepas bagaimana?Apaapa pun,IBersyukurlah dan tingkatkan usaha lagi :)..Allah bagi yang terbaikk:)

Dan sekarang,apakah persediaan kita?Sebelum masuk ke semester yang setrusnya?

adakah sekadar hanya mengemas barang untuk dibawa ke sana?Itu tidak mencukupi...
Kita Seharusnya bersedia dari semua aspek...

  1. Rohani
  2. Fizikal
  3. Mental
  4. Emosi
Jika kita telah melengkapi kesmuanya,,InsyaAllah,,tiada yang lebih hebat kebergantungan iaitu Bertawakkal kepada Allah..Dan Keep Remember on This...Setiap perkara yang kita hendak lakukan,hendaklah....
  1. Dimulakan dengan Bismillah
  2. Ikhlaskan niat belajar kerana Allah..
  3. Tasydid(perbaharui) niat selalu..
  4. Jauhkan diri dari melakukan perkara maksiat
  5. Banyak melakukan ibadah..
InsyaAllah,,setiap perbuatan yang baik Allah akan bantu untuk memudahkannya..ISLAM is the way of Life...
Ingatan buat diri juga...Salam alaik...

Ilmu untuk semua...

salam...
apa khabar semua...harap-harap sihat dan sentiasa berada dalam kurniaan Allah...
tak terlambat juga untuk ucaapkn Selamat bercuti untuk semua warga KUIS dan terutama sekali,,buat ahli keluarga Al-Quds..

Perkongsian hari ini: Ciri-ciri kesempurnaan Iman..

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain." Riwayat Ahmad

Huraian :
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.

2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).

3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik, menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.

Info Tambahan:..Perkahwinan juga merupakan perkara yang dikatakann sebagai pelengkap iman...

Mengapa ye??Mari berkongsi lagi..


mengapa dikatakan perkahwinan itu melengkapkan iman..
pertamanya...
diri manusia itu didasari dgn dua perkara,
iaitu iman..
dan nafsu
...dan begitulah sebaliknya...

Jadi, fitrah manusia itu berhajat kepada hidup berpasangan...
kalau iman takda, nafsu menguasai...
dan begitulah sebaliknya...itu dapat meleraikan nafsu..
maka sempurnalah iman....[mcmtulah]^_^..

->Kalau ada yang tersalh..minta betulkan^_^..syukran..
=>Alhamdulillah...Berkaitan dgn perkahwinan..Satu berita baik untuk warga Al-QudS keseluruhannya..Akhi Naib YDP 1-Firdaus Shukri,akan mendirikan masjid/berumahtangga pada tanggal 7 oktober..Semoga Dilancarkan segala urusan mereka...Kami sentiasa doakan semoga berbahagia hingga ke syurga..Ameen..insyaAllah...

--->kembali pada tajuk di atas...Semoga kita mendapat manfaat daripadanya ye!:D..insyaAllah..
Semoga kita menjadi insan yang sentiasa memperbaiki segala kelemahan untuk menuju kebaikan..ameen...

Sudah manfaatkan Ramadhan kita?

Salamullah alaikum :)
hari ini sudah berapa Ramadhan ye? hehe. sengaja admin utarakan soalan itu, di harap para pembaca dapat reflash balik apa yang sudah kita lakukan bagi memanfaatkan bulan yang mulia lagi barakah ini, insyaAllah. Oleh itu, di bulan Ramadhan Kareem ini Persatuan Mahasiswa Al-Quran & As-Sunnah akan menganjurkan program ilmu bagi mengisi hati dan fikiran yakni sebagai pengisisan rohani dan pertambahan ilmu jasmani ahli-ahli persatuan khususnya :) Jemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu ini,semoga sama-sama kita mendapat manfaat darinya.
oh ya, oleh kerana program kita bermula petang. insyaAllah pihak jawatankuasa akan menyediakan juadah berbuka kepada ahli-ahli.* 
*Tertakluk pada pindaan.

...Malam Ukhuwah Al-QudS...

Assalamualaikum buat semua...
Alhamdulillah...Allah masih bagi kesempatan masa & peluang untuk meng''uPDate'' blog ni...(^__^)


     ALHAMDULILLAH....Masih terasa lagi kemeriahan sambutan Malam Ukhuwah Al-QudS yang telah diadakan pada 22jun 2011 yang lalu...walaupun telah berminggu-minggu yg lalu...:P
masih banyak ''moment''yang menjadi ''kenangan Terindah''buat semua yang terlibat especially StuDent-Student DiPLoma & IjaZaH Al-QuraN dan As-SuNNah & KoMuniKasi....


 TAHNIAH juga buat AHLI KELUARGA Persatuan Al-QURAN & AS-SUNNAH yang saling tolong menolong dan menyumbang tenaga,masa dan buah fikiran bagi melaksanakan sebuah program yang sangat bermakna dan kenangan terindah buat semua yang terlibat...






Ana juga mahu memetik sebuah Hadis yang amat mementingkan sifat tolong menolong..(^__^)
''Mukmin yang satu dengan yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling memperkuat antara sebagian dengan sebahagian yang lainnya. (HR. Muttafaqun alaih) ''


ALHAMDULILLAH..Akhirnyaa..tibalah malam yang ditunggu-tunggu''Malam Ukhuwah Al-QudS''


    Bermula Dengan Sesi Pendaftaran pada jam 8.00malam....Sume student dah exciTed..terus Masuk AuDitorium Akademi Islam...
So,,''Pictha'' Ahli-ahli AlQudS yang uruskan pendaftaran je yang Sempat Snap!!:))



 
  • Senyum itu sedekah...Itulah salah satu sunnah Rasulullah yang  telah dipraktikkan..alhamdulillah..


  •  ...Sama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program ni...(asiff sbb xda gambar muslimin yang jaga kaunter pendaftaran....Mereka juga telah menyumbang tenaga..^_^)


  •  Ucapan yang Dihormati Yang DiPertua untuk Persatuan Al-QudS...Saudara Muhammad Fizree..^_^


  •  Pelajar2  Muslimat yang turut menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi Malam Ukhuwah Al-QudS..


  •  Ucapan yang diberikan oleh Pensyarah selaku penasihat bagi persatuan ini^_^


  •  Pelajar-pelajar muslimin juga turut hadir dan memeriahkan majlis:)


  •  Khusyuk dan menghayati setiap nasihat yang telah diberikan oleh Ustaz Hafidz...


  •  Tidak Kurang hebatnya juga ucapan serta nasihat yang telah diberikan oleh YDP AL-QUDS..^_^


  •  Selepas penyampaian untuk Cabutan bertuah.....^__^..Dihiburkan juga dengan persembahan nasyid..

       Terasa amat-amat bersyukur kerana semua ini dengan izin Allah program ini telah berjalan lancar seperti apa yang dirancang...Terima Kasih Buat semua ahli keluarga iaitu semua pelajar-pelajar Kos Al-Quran wa As-Sunnah yang juga turut hadir bagi memeriahkan majlis...Tidak lupa juga buat Pengarah program, Saudara Muhammad Firdaus Syukri..Dan juga buat semua ahli jawatankuasa program yang turut membantu..Jazakallah khairan Kasir:))




  •  Majlis Fotografi untuk semua Majlis Tertinggi & Exco-Exco persatuan...



  •  Usrati fi ''Persatuan Al-QudS''^__^...Ukhuwah itu Indah..Ukhuwah Fillah kerana-Nya..






  • Ahli-Ahli  muslimin Al-QudS...(ada juga yang xda dalam gambar)..Alhamdulillah..Sedikit jamuan ringan telah disediakan.Maka berakhirnya Malam yang penuh bermakna buat semua students Al-QudS...Alhamdulillah..^__^
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.(^_^)




**Jazakallah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...
**Hope This post will give a good input to the reader...^__^ 

perhatian :Malam Ukhuwah Al-Quds~

Cabutan bertuah akan diadakan pada malam tersebut.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda!!
marilah bersama kita mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli Al-Quds dan meramaikan majlis 'Malam Ukhuwah Al-Quds'^^
Kedatangan anda adalah diwajibkan bagi pelajar di bawah jabatan Al-Quran dan As-Sunnah dan jangan lupa ye bawa bersama yuran rm5.00 bagi yang belum melunaskan shj.
Moh le kome beramei-ramei~~~~

who is Allah? anda tahu?

salam khamis suma^^ hari ni 14 Rejab kan? diharap sahabat semua dapat berpuasa sunat Rejab....banyak manfaatnya tau! antaranya macam 'terlepas dari dahaga di hari kiamat'. Masya-Allah. . .ruginya kalau kita tak manfaatkan peluang ni kan? okay, hari ni admins belek-belek folder kat laptop, and jumpa risalah ni. . enjoy!^^ open link new tab kalau tak nampak okeh!~~

ukhuwah anyone?

Peace be upon you,

Greetings of peace and love to all of you, our visitors. Whether you are Muslim, Christian, Jewish, Buddhist, Hindu, Pagan, Atheist, Agnostic, even humanist... brothers and sisters in humanity, you are all welcome to our AlQuds site. We hope you enjoy your time here and maybe learn a couple of things^^insyaAllah~

The importance of brotherhood in Islam can not be over stressed.... 
There are many hadiths relating to the fact the Muslims are a single united body, each part responsible for the other. 
Accordingly if one of the parts is injured or hurt then the rest of the body immediately feels that pain and is certainly uncomfortable at the situation until it is rectified without delay. 
The brotherhood of Muslims is a very deep and wide concept that gaurantees the safety and well being of the Society at large. 
Islam being a complete way of life is primarily for the society, it promotes a healthy and a well disciplined life style in every sense of the word.

It is forbidden!!, for example, for two Muslims to start a whispering conversation in the presence of the third. This might offend the one left out and weaken the Brotherhood. It is not permissible for a Muslim to sever relations with his brother for more than three days.

"It is sufficient evil for a Muslim that he should look down upon his brother. The life, wealth, and honour of a Muslim are inviolable by another Muslim" [Sahih Muslim].

Perkongsian Hadis: Sabar itu mencerminkan Keimanan..^__^

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Penyakit Menguji Keimanan dan Menguji kesabaran manusia...


Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu

Amalan Baik yang Kekal Menemani Mayat

Hadis :

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. Riwayat al-Bukhari dan muslim

Huraian :

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya

2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.