Orang Yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, malaikat akan
bersamanya dakam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya
Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2.
Orang yang sedang duduk menunggu
waktu solat.
Rasulullah S.A.W bersabda
maksudnya:”Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,
selam ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan
mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia”
3.
Orang yang berada di saf depan solat
berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4.
Orang yang menyambung saf pada solat
jemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang
menyambung saf.”
5.
Kalangan malaikat mengucapkan “amin”
ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca …(ayat terakhir al-Fatihah) sehingga selesai), ucaplah oleh kamu “aamin” kerana sesiapa yang mengucapkannya itu bertepatan dengan ucapan malaikya, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6.
Orang yang duduk di tempat solatnya
selepas mendirikan solat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat”
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat”
7.
Orang yang melakukan solat Subuh dan
Asar secara berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada waktu siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan
malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada
mereka: “Bagaimana kalian semua meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: “Kami
datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka
sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”
8.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa
pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya “Doaseorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu akan berkata “aamiin” dan engkau pun mendapat apa yang ia dapatkan.”

9.
Orang yang membelanjakan harta
(infak).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
“Tidak ada satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba ada padanya
kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya
Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...”
10.
Orang
yang sedang makan sahur.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang sahur.”
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang sahur.”
11.
Orang yang sedang melawat orang
sakit.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh.”

P/s: semoga kita tergolong dalam
golongan yang didoakan malaikat. Insya-Allah.
Sumber: www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.
Sumber: www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.
No comments:
Post a Comment
Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^