Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayat



Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Firman Allah Jalla wa ‘Alaa.

“Ertinya : Bahawa seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi (kebaikan) kecuali apa yang telah dia usahakan” (An-Najm : 38-39).

Berkata Al-Hafidz Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat di atas.
“Yaitu, sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan daripada ayat yang mulia ini Al-Imam Asy-Syafi’iy bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum : Bahawa bacaan Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Ini kerana bacaan tersebut bukan daripada amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mensyariatkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarkannya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang tegas dan terang) dan tidak juga dengan isyarat (sampai-sampai dalil isyarat pun tidak ada). Dan tidak pernah dinukil daripada seorangpun shahabat (bahawa mereka pernah mengirim bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati). Kalau sekiranya perbuatan itu baik tentu para shahabat telah mendahului kita mengamalkannya (1). Dan dalam masalah peribadatan hanya terbatas pada dalil tidak boleh dipalingkan dengan bermacam qiyas dan ra’yu (fikiran)” (2)
Telah berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. “Tidak menjadi kebiasaan salaf, apabila mereka shalat sunnat atau puasa sunnat atau haji sunnat atau mereka membaca Qur’an lalu mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati daripada kaum muslimin. Maka tidaklah boleh berpaling (menyalahi) perjalanan salaf. Kerana sesungguhnya kaum salaf itu lebih utama dan lebih sempurna” (Dari Kitab Al-Ikhtiyaaraat Ilmiyyah).

Keterangan di atas menunjukkan kepada kita bahawa bacaan Al-Qur’an bukan untuk orang yang telah mati akan tetapi untuk orang yang hidup. Membaca Qur’an untuk orang yang telah mati hatta untuk orang tua dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada mereka, adalah perbuatan yang sama sekali tidak berdalil bahkan menyalahi Al-Qur’an sendiri dan Sunnah dan perbuatan para shahabat. Sebagaimana telah dijelaskan oleh Al-Imam Ibnu Katsir yang mengambil daripada Al-Imam Asy-Syafi’iy yang dengan tegas mengatakan bahawa bacaan Qur’an tidak akan sampai kepada orang yang telah mati. Demikian juga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak pernah diamalkan oleh kaum salaf. Dari sini kita mengetahui, bahawa membaca Qur’an untuk orang yang telah mati tidak pernah terjadi di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kalau ada, tentulah para shahabat yang pertama mengamalkannya sebelum orang lain. Kemudian amalan itu akan dinukil oleh tabi’in dan tabi’ut tabi’in termasuk imam asy-Syafi’iy di dalamnya yang beritanya akan mencapai darjat mutawatir atau sekurang-kurangnya masyhur. Kenyataan yang ada sebaliknya, mereka sama sekali tidak pernah mengamalkannya sedikitpun.


Adapaun yang menyalahi Al-Kitab ialah.

(1). Bahawa Al-Qur’an bacaan untuk orang yang hidup bukan untuk orang yang mati.Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Agar supaya Al-Qur’an itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang hidup” (Yasin : 70)

(2). Al-Qur’an itu hidayah/petunjuk bagi manusia

(3). Al-Qur’an juga memberikan penjelasan daripada petunjuk tersebut yang merupakan dalil dan hujjah.

(4). Al-Qur’an juga sebagai Al-Furqan pembela antara yang hak dengan yang batil
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Bulan ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan baiyinaat (penjelasan-penjelasan yang merupakan dalil-dalil dan hujjah yang terang) dari petunjuk tersebut dan sebagai Al-Furqan” (Al-Baqarah : 185)

(5). Di dalam Al-Qur’an penuh dengan larangan dan perintah. Dan lain-lain masih banyak lagi yang semuanya itu menjelaskan kepada kita bahawa Al-Qur’an adalah untuk orang yang hidup bukan untuk orang yang mati. Mungkinkah orang-orang yang telah mati itu dapat mengambil hidayah Al-Qur’an, mengerjakan perintahNya dan menjauhi laranganNya dan lain-lain?.

Adapun sunnah terlalu banyak haditsnya yang tidak memungkinkan bagi saya menurunkan satu persatu kecuali satu hadits di bawah ini.

“Ertinya : Dari Abu Hurairah : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah” (Hadits Shahih riwayat Muslim 2/188)

Hadits ini memberikan pelajaran yang tinggi kepada kita di antaranya.
(1). Rumah yang tidak dikerjakan ibadah di dalamnya seperti shalat sunat dan tilawah (membaca) Al-Qur’an, Nabi samakan dengan kuburan.

(2). Mafhumnya (yang dapat difahami) bahawa kuburan bukan tempat membaca Al-Qur’an apalagi menamatkannya…?

(3). Sekali lagi kita memahami dari sunnah nabawiah bahawa Qur’an bukanlah bacaan untuk orang-orang yang telah mati. Kalau Qur’an itu boleh dibacakan untuk orang-orang yang telah mati tentulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyamakan rumah yang di dalamnya tidak dibacakan Qur’an dengan kuburan! Dan tentulah Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan bersabda : “Jadikanlah rumah-rumah kamu seperti kuburan!!!”.

Sungguh benar apa yang telah dikatakan Ibnu Katsir : “Tidak dinukil dari seorangpun shahabat bahawa mereka pernah mengirim bacaan Qur’an kepada orang-orang yang telah mati. Kalau sekiranya perbuatan itu baik tentulah para shahabat telah mendahului kita mengamalkannya (Laukana khairan lasabakuna ilaihi)”.

Saya berkata : “Inilah rahasia yang besar dan hikmah yang dalam bahawa tidak ada seorangpun shahabat yang bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam masalah membacakan Qur’an kepada orang-orang yang telah mati dan menghadiahkan pahala bacaannya hatta untuk orang tua mereka sendiri. Di mana mereka bertanya tentang sedekah, puasa nadzar dan haji untuk orang tua mereka yang telah wafat. Kenapa mereka tidak bertanya tentang Qur’an atau shalat atau dzikir atau mengirim Al-Fatihah untuk orang tua mereka yang telah wafat?


Jawabnya, kita perlu mengetahui kaedah besar tentang para shahabat. Bahawa para shahabat adalah aslam (yang paling taslim atau menyerah kepada keputusan Allah dan Rasul-Nya) dan a’lam (yang paling mengetahui tentang agama Islam) dan ahkam (yang paling mengetahui tentang hukum dan paling tepat hukumnya). Oleh kerana itu mereka sangat mengetahui bahawa bacaan Qur’an bukan untuk orang-orang yang telah mati akan tetapi bacaan untuk orang yang hidup.

KESIMPULAN
(1). Bahawa Al-Qur’an untuk orang yang hidup bukan untuk orang yang telah mati.

(2). Membaca Al-Qur’an untuk orang yang telah mati dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat bertentangan dengan Al-Qur’an sendiri dan sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama ijma’ para shahabat. Dengan demikian perbuatan tersebut tidak ragu lagi adalah BID’AH MUNKAR. Ini kerana amalan tersebut tidak pernah terjadi pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mahupun pada zaman shahabat. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memerintahkannya hatta dengan isyarat. Dan para shahabat tidak pernah mengamalkannya sedikit pun juga..

(3). Menurut Imam Syafi’iy bacaan Qur’an tidak akan sampai kepada orang-orang yang telah mati.

(4). Membaca Al-Qur’an untuk orang yang telah mati menghilangkan sebahagian dari maksud diturunkannya Al-Qur’an.

(5). Kuburan bukan tempat membaca Al-Qur’an apalagi menamatkannya.

(Disalin dari buku Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab dan Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayat Bersama Imam Syafi’iy, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat (Abu Unaisah), Penerbit Tasjilat Al-Ikhlas, Cetakan Pertama 1422/2001M)

Lerning English ~ History From al-Quran

The Amazing Quran
A Revelation - Abu Lahab


Prophet Muhammad (s) had an uncle by the name of Abu Lahab. This man hated Islam to such an extent that he used to follow the Prophet around in order to discredit him. If Abu Lahab saw the Prophet (s) speaking to a stranger, he would wait until they parted and the would go to the stranger and ask him, "What did he tell you? Did he say, 'Black'? Well, it's white. Did he say 'morning'? Well, it's night." He faithfully said the exact opposite of whatever he heard Muhammad (s) and the Muslims say.
However, about ten years before Abu Lahab died, a little chapter in the Quran (Surah al-Lahab, 111) was revealed about him. It distinctly stated that he would go to the fire (i.e., Hell). In other words, it affirmed that he would never become a Muslim and would therefore be condemned forever. For ten years all Abu Lahab had to do was say, "I heard that it has been revealed to Muhammad that I will never change - that I will never become a Muslim and will enter the Hellfire. Well, I want to become Muslim now. How do you like that? What do you think of your divine revelation now?" But he never did that. And yet, that is exactly the kind of behavior one would have expected from him since he always sought to contradict Islam. In essence, Muhammad (s) said, "You hate me and you want to finish me? Here, say these words, and I am finished. Come on, say them!" But Abu Lahab never said them.
Ten years! And in all that time he never accepted Islam or even became sympathetic to the Islamic cause. How could Muhammad (s) possibly have known for sure that Abu Lahab would fulfil the Quranic revelation if he (i.e., Muhammad) was not truly the messenger of Allah? How could he possibly have been so confident as to give someone 10 years to discredit his claim of prophethood? The only answer is that he was Allah's messenger; for in order to put forth such a risky challenge, one has to be entirely convinced that he has a divine revelation.