BILAL BIN RABAH MUAZIN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W







Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh.

Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit”  iaitu malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’  Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh pagi tadi??”.
Baginda menjawab,
“Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”

Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata,
“Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”

Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.

Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan Bilal Bin Rabah.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.

Penolakan Bilal Bin Rabah menjadi muazin selepas kewafatan Rasulullah S.A.W bukanlah disebabkan ketiadaan Rasulullah, tetapi kerana Bilal tidak mampu melaungkannya lagi disebabkan perasaan hibanya tatkala menyebut nama ‘Muhammad Rasulullah’. Menariknya, laungan azan oleh Bilal pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis.


Sumber: www.iLuvislam.com






~SEJARAH TERJADINYA SOLAT FARDHU 5 WAKTU~






SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar nabi Adam sembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama
Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua   
Tanda syukur kerana siang telah menjelma.



ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah nabi Ibrahimsebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama
Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat Kedua
Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga
Tanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Rakaat Keempat
Tanda syukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas



 ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu sedang masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu sembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan dari 4kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama
Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua
Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga
Kelam dengan malam
Rakaat Keempat
Kelam dengan perut ikan Nun



MAGHRIB
Manusia yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t
Rakaat Kedua
Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat Ketiga
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t semata-mata, tiada dua atau tiganya



ISYAK
Manusia yang pertama mengerjakan solat Isyak pula ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat Pertama
Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua
Tanda dukacitanya pada saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga
Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat
Tanda dukacita terhadap anak Firaun



 Sumber : www.iLuvislam.com



11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT











  Orang Yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, malaikat akan bersamanya dakam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2.       Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:”Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selam ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia”


3.       Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda  maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4.       Orang yang menyambung saf pada solat jemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5.       Kalangan malaikat mengucapkan “amin” ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca …(ayat terakhir al-Fatihah) sehingga selesai), ucaplah oleh kamu “aamin” kerana sesiapa yang mengucapkannya itu bertepatan dengan ucapan malaikya, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6.       Orang yang duduk di tempat solatnya selepas mendirikan solat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat”


7.       Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
      Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat  (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
      “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada waktu siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian semua meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”


8.       Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya “Doaseorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu akan berkata “aamiin” dan engkau pun mendapat apa yang ia dapatkan.”

9.       Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Tidak ada satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...”


10.    Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang sahur.”

11.   Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh.”

P/s: semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan malaikat. Insya-Allah.
Sumber:
www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.


Ber DOA hanya pada ALLAH S.W.T


 “Dan jika hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”
(Q.S Al-Baqoroh: 186)

“… Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau minta tolong, minta tolonglah hanya kepada Allah”
(H.R Ahmad, at Tarmidzi, AlHakim, dan Ibnu Hibban menyatakan hadith tersebut sohih)



Pada suatu hari, seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur telah berjaya menangkap seekor ikan. Namun, seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan tersebut daripada tangannya dan memukulnya. Maka Abu Jaafar pun berkata,

“Ya tuhanku engkau telah menciptaku dalam keadaan yang lemah dan dia dalam keadaan yang gagah perkasa sehingga dia dapat menganiaya aku. Turunkanlah pengajaran untuknya.”

Setibanya pengawal itu dirumahnya, dia pun menggoreng ikan tersebut.
 Ketika dia meletakkan ikan di atas hidangan, tiba-tiba tangannya tertusuk duri ikan itu. Tangannya menjadi parah dan ulat memakan tangannya. Lama kelamaan tangannya terpaksa dipotong kerana sudah tidak tertahan. Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendengar suatu suara berkata

“Kembalikanlah hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini.”

Setelah dia tersedar, barulah dia teringat ikan yang pernah dirampasnya daripada Abu Jaafar. Maka, dia pun pergi menemui Abu Jaafar dan memberinya 10 ribu darham dan memohon halalkan ikan yang diambilnya.
Sebaik Abu Jaafar memaaf dan menghalalkannya, dengan izin Allah S.W.T, serta merta ulat-ulat itu jatuh dari tangannya dan sembuh seperti sedia kala.

Wallahualam... :D
sumber cerita : 
www.iluvislam.com


MENJADIKAN PERSATUAN SALAH SATU PLATFORM UNTUK SEBARKAN DAKWAH.InsyaAllah.

Bismillah.

Alhamdulillah.Sekali lagi ku merafakkan syukur kehdrat Allah.Kerana Masih lagi diberi peluang untuk mendalami&menikmati kehidupan  dengan nikmat Iman dan Islam.

Sekadar Perkongsian Maklumat:
*Video ini memaparkan individu-individu yang telah diberikn tugas daripada Mantan Majlis tertinggi ALQUDS sesi2010/11.Alhamdulillah.Mereka sgt-sgt berjasa dalam memberikan kami semangat+kerjasama+panduan+dorongan untuk kami(Majlis tertinggi yang baru).Tudaklah kami mahu menguar-nguarkan tetang jawatn tertinggi ini,namun,apa yang kami sedari ialah,ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang harus kami Laksanakan dan teruskan untuk terus meng"imarah''kan dan meng"hidup"kan Persatuan ALQUDS pada masa mendatang.*Selamat Menonton^______________^

*Dihharapkan agar SEMUA Mahasiswa/wi yang berada dbawah jabatan Al-Quran dan As-Sunnah dapat kita sama-sama mengeratkan lagi ukhuwah dan memebrikan kerjasama untuk mengimarahkan program-program yang telah disusun oleh persatuan.Supaya hatii kita semua lebih dekat untuk kita mengetahui segala kelemahan yang perlu dibaiki.Hal ini kerana,tiada manusia yang sempurna tetapi marilah kita semua berusaha untuk mengubah diri untuk menjadi hamba yang sempurna disisi Allah dgn Akhlak serta sahsiah yang mulia.InsyaAllah.^____^

#Buat semua yang Mantan ahli AL-QuDs,Terima kasih atas segalanya.Dan diharap moga Ukhuwah ini terus kekal hingga syurga.Sudi-sudikanlah untuk terus meberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami [ahli yg baru]untuk melaksanakan tanggungjawab ini denga sempurna.InsyaAllah.^_^

ALHAMDULILLAH.OH SYUKUR ALLAH..

Bismillah.
Alhamdulillah.Syukur.syukur.syukur.
Allah masih berikan kita ruang dan peluang untuk terus menjalani kehidupan dgn nikmat Iman dan Islam.
Itulah nikmat yang paling besar dalam hidup kita.
Moga harini dan hari-hari mendatang,hidup kita semua makhlukNYa lebih Bahagia..Ceria..Tersusun..Bermanfaat dan diberkati serta Diredhai oleh Allah.

*Maaf juga baru berkesempatan untuk mengupdate blog ini.Moga ALLAH kasih pada kita semua.Amin.^__^.
Sekadar pemberitahuan..pasti ramai tertanya-tanya/ingin mengetahui tntg organisasi baru AL-QUDS yg Baru.InsyaAllah,akan diketahui pada next update.Syukran=)