Tahniah MPM 09/10

Salam perjuangan penulis ucapkan kepada pembaca sekalian. Pertama-tama sekali, penulis merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, dan seterusnya para tabi'in dan penerus rantai dakwah ini.

Tujuan penulis menulis entry kali ini, adalah untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan MPM yang baru, sesi 09/10. Tahniah penulis ucapkan kerana pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan barisan MPM yang baru kepada mahasiswa KUIS sekalian. Ini adalah kerana, kesemua barisan pimpinan MPM telah menang tanpa bertanding.

Alhamdulillah, HIMSIS yang diadakan buat pertama kalinya bagi pimpinan MPM yang baru ini, telah mendapat sambutan dari mahasiswa yang prihatin terhadap keadaan di KUIS dengan adanya sifat ingin tahu tentang pemimpin mereka yang bakal memimpin mahasiswa di KUIS ini.

Tahniah juga penulis ucapkan kepada Presiden MPM yang baru, iaitu Mohd Wafi Zuhdi bin Ahamad, merangkap mahasiswa Diploma Al-Quran & As-Sunnah semester 4. Dengan membawa 4 dasar perjuangan iaitu Biah solehah, Kesatuan, Kebajikan dan Intelektual, MPM sesi ini nampak bersemangat dan mempunyai potensi untuk membawa satu perubahan kepada mahasiswa KUIS.

Akhir kalam, Penulis mengharapkan agar MPM kali ini, akan terus berjuang dalam menegakkan yang hak, serta menjadi pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat dan menjadikan KUIS ini satu taman Ilmu yang diberkati Allah dengan tertegaknya amar makruf nahi mungkar. Insya Allah.

W'salam.


No comments:

Post a Comment

Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^