Salam'alaik.
Sahabat-sahabat sekalian, pada entry kali ini, penulis ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk mengenali tokoh-tokoh Islam yang telah banyak berjasa untuk Islam. Semoga sahabat-sahabat dapat meneladani mereka.
Imam Syahid Hassan Al-Banna
"Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"
Dilahirkan pada 14 Oktober 1906
Telah ditembak pada waktu Zohor,
12 Februari 1949
Kata shiekh Amin Husaini:
"Antara sifat-sifat Shiekh Hassan Al-Banna yang ketara adalah keikhlasannya yang besra, ketajaman akalnya, dan kesungguhan yang mendalam. Semua itu dihiasi keimanan yang kukuh dan akhlak yang luhur Muhammad s.a.w. yang jarang bertumpu pada satu orang.."
As-Syahid Syed Qutb
"Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"
Nama beliau, Sayyid Qutb Ibrahim as-Syazili
Dilahirkan pada 9 Oktober 1906M/21 Rejab 1324H, Asyut,Mesir
Telah dihukum gantung pada 29 Ogos 1966 di tempat yang tidak diketahui
Penulis buku 'Tafsir Fi Zilalil Quran', 'Petunjuk Sepanjang Jalan'.
Pemikir Islam.
"Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini,
Puak demi puak, angkatan baru susuli,
Meskipun aku mati, tapi mati suci,
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi,
Ku membela nama Tuhan dan agama
Dengan yakin atas Sunnah, ku jalan selama,
Entah demi kemenangan di merata dunia,
entah untuk mendapat balasan dengan anbiya'"
(Sajak Syed Qutb sebelum syahid)
As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin
"Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"
Telah dilahirkan pada tahun 1938 di perkampungan Al-Jora, Majdal, di wilayah Asqalan.
Telah menubuhkan pertubuhan kebajikan untuk pelarian rakyat Palestin yang bernama 'Mujamma al-Islam'.
Memberi peluang kepada pejuang menemui syahid.
Menemui Syahid pada 22 Mac 2004 oleh peluru berpandu Israel.
Dr. Fathi Yakan
"Tribulasi mematangkan perjuangannya"
Dilahirkan pada 9 Februari 1933, Lubnan
Memperolehi PhD di dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab,
mempunyai B.A. dan M.A. dalam bidang kejuruteraan.
Penulis buku 'Apakah ertinya saya menganut Islam' 'Masalah yang berkaitan dengan dakwah dan Pendakwah'.
Meninggal dunia pada bulan Jun, tahun 2009.
" Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda ini tiada peribadi, bersikap seperti kera. Pemuda yang tiada mempunyai akhlak. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya".
Dr. Abdul Aziz al-Rantisi
"Sang Doktor pembawa obor jihad"
Nama sebenarnya Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz ar-Rantisi
Dilahirkan pada 23 Oktober 1947, Yubana, di antara Asqalan dan Yafa.
Menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran dengan ijazah kepujian pada tahun 1971.
Menemui syahid pada tanggal 17 April 2004 bersama dua rakannya Akram Nisar dan al-Ghurrah.
Al-Maududi
"Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"
Nama penuh beliau, Abu A'la al-Maududi
Dilahirkan di Aurangabad, Hyderabad, India pada tanggal 3 Rejab 1321H, 25 September 1903
Salasilah keluarganya berhubung dengan Rasulullah s.a.w. melalui Saidina Ali r.a. dan Saidina Husien r.a.
Penulis buku 'Toward Understanding Islam' dan juga majalah bulanan 'Tarjuman al-Quran'
Menubuhkan Jamiat Islami di Negara India.
Dr.Burhanuddin Al-Helmy
" Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"
Dilahirkan di Cangkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
Memperolehi gelaran doktor falsafah dari Universiti Islam Aligahd, India dalam jurusan metafizik dan falsafah.
Telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.
Dr. Yusuf al-Qardhawi
Dilahirkan di Shaftliauh Turaab, sebuah desa kecil di Mesir, pada 9 September 1926.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal.
Beliau merupakan pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
Beliau telah menerbitkan berjumlah lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antara bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Masa Akan Datang.
Pada tahun 1973,barulah beliau memperolehi ijazah PhD.
Syiekh Sa'id Hawwa
"Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"
Nama penuh beliau Sa'id bin Muhammad Daib Hawwa.
Dilahirkan di kota Hamat, Syria pada tahun 1935
Tahun 1963 beliau telah tamat belajar di Universiti Syria.
Telah menghasilkan beberapa buku. Diantaranya, ' Allah Jalla Jalaluhu', Tarbiyatuna Ar-Ruhiyah' dan banyak lagi.
Beliau sempat mentarbiyah Haji Abdul Hadi Awang sewaktu beliau berada di Madinah.
Pada hari Khamis tanggal 9 Mac 1989 beliau telah meninggal dunia di hospital Islam Amman, Jordan.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, setelah kita mengenali sedikit sebanyak latar belakang tokoh-tokoh Islam ini, marilah kita sama-sama menjadikan mereka sebagai contoh dan teladan dalam menyusuri jalan dakwah, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Menjelang PRK tidak lama lagi, penulis ingin menyeru kepada bakal kepimpinan untuk menjadi pemimpin yang adil dan tidak bersikap berat sebelah. Adil dalam erti kata lain ialah, menjalankan Islam dengan syumul. Menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Ingatlah duhai pemimpin, kamu akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinan kamu. Dengan itu, janganlah kamu berlaku zalim di muka bumi Allah ini. Jadilah pemimpin yang berjiwa rakyat, seperti Umar bin al-khattab dan Umar bin Abdul Aziz serta para khulafa' rasyidin yang lain. Semoga Allah membantu kalian dalam menjalankan tugas kamu.
Wallhu'alam. Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk dari kelemahan diri penulis sendiri. Semua yang diatas adalah pandangan peribadi penulis sendiri. Jika ada yang silap, sila tegur.
W'salam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete