Salam'alaik.
Syaitan merupakan musuh Islam yang terang lagi nyata sepertimana yang disebutkan dalam kebanyakan surah di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu.
Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya: " Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu.
Pertama: Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
Ketiga: Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
Keempat: Kagum terhadap diri sendiri ('ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.
Kelima: Memandang rendah terhadap lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kepada makhluk-Nya.
Ketujuh: Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.
Kelapan: Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.
Kesembilan: Takabbur (membesarkan diri), lalu saya menghadapinya dengan rasa tawadhuk.
Kesepuluh: Tamak haloba, lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.
Selain itu, Islam juga mengajarkan cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya syaitan.
1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun makanan itu halal. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 31: " Makanlah dan minumlah tetapi janganlah kamu berlebihan".
2. Membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan.
3. Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Bergopoh-gapah (terburu-buru), itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".
Akhir kalam, renungilah ayat ini: " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)". -Surah al-'Araf:201.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^