Salamun'alaik kepada para pembaca sekalian... Semoga sentiasa berada di bawah keredhaan Allah Azza wa Jalla. Insya Allah..
Masya Allah.. Pejam celik, pejam celik, dah 10 terakhir Ramadhan. Dan ini juga bermakna dah masuk fasa yang ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu, pembebasan dari api neraka. Dan dalam 10 terakhir Ramadhan ini juga terdapat satu malam yang dinamakan Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Seperti yang disebutkan dalam surah Al-Qadr, dimana pada malam tersebut, Allah akan memerintahkan para malaikat dan Jibril untuk turun ke dunia untuk mengatur semua urusan.
Dan untuk mendapatkan Lailatulqadar ini, ada sebahgaian ulama mengatakan bahawa malam qadar ini adalah pada malam-malam yang ganjil. Seperti hari yang ke 21, 23, 27 dan sebagainya. Dan di 10 terakhir Ramadhan ini juga disuruh untuk perbanyakkan zikir dan doa.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
Maksudnya:" Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah kami".
Dari itu para pembaca sekalian, rebutlah peluang yang ada untuk menambah amalan-amalan kita di 10 terakhir Ramadhan ini. Perbanyakkanlah zikir dan doa. Semoga kita dapat menikmati kemanisan Lailatulqadar di samping Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Insya Allah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Sama2lah kita saling berpesan pada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...InsyaAllah..Jazakallah atas komen anda..^__^