Ilmu Cahaya Kehidupan

Pada tahun 966 Masihi, Muthahhar pernah menulis tentang idea mencari ilmu bagi kaum muslimin:
"Ilmu pengetahuan akan membuka diri hanya kepada orang-orang yang dengan sepenuh hati menyerahkan diri kepada ilmu; yang mendekatinya dengan fikiran yang bersih dan wawasan yang jernih; yang memohon pertolongan Allah semata-mata dan menfokuskan perhatian pada ilmu; yang selalu siap sedia meski dalam keadaan letih dan lelah, yang melewatkan malam-malam tanpa tidur, meniti dari dasar yang terdalam mendaki ke puncak yang tertinggi. Ilmu tidak akan membuka diri pada orang-orang yang mengejarnya tanpa tujuan yang jelas dan usaha yang terencana; atau orang yang mirip unta buta, berjalan meraba-raba di kegelapan malam. Seorang pencari ilmu tidak boleh menyerahkan kepada kebiasaan buruk atau membiarkan dirinya tersesat oleh rayuan nafsu yang keji. Demikian juga ia tidak boleh memalingkan mata dari kebenaran yang mendalam. Ia harus boleh membezakan antara ragu dan yakin, antara asli dan palsu dan harus berdiri kukuh dengan cahaya terang."
Oleh itu wahai ikhwan dan akhawat sekalian, kita mestilah ikhlas dalam menuntut ilmu semata-mata kerana Allah. Semoga dengan niat ikhlas kita ini, dipermudahkan segala urusan kita ketika menuntut ilmu dan ilmu yang kita pelajari akan mendapat keberkatan dari Allah. Di samping itu, kita mestilah mempunyai matlamat yang jelas disamping usaha yang berterusan.
Secara keseluruhannya, apa yang penting; niat ikhlas, matlamat jelas, ilmu insyaAllah tidak terbatas! =)
wallahu'alam...

Minal aidin wal Faizin~


Salam'alaik. Semoga kita sentiasa di dalam pemilharaanNya. Insya Allah.


Penulis, selaku wakil dari Persatuan Al-Quran wal Sunnah (Al-QudS), ingin mengucapakan Selamat menyambut Eid Mubarak. Kullu 'am wa antum bi khair


Jagalah adab dan akhlak kita sebagai seorang Muslim pada musim hari raya ini. Janganlah terlalu berseronok sehingga mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah. Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.


Akhir kalam, semoga Syawal kali ini membawa keberkatan pada para pembaca sekalian. Insya Allah.


Wassalam.

Lailatulqadar.


Salamun'alaik kepada para pembaca sekalian... Semoga sentiasa berada di bawah keredhaan Allah Azza wa Jalla. Insya Allah..


Masya Allah.. Pejam celik, pejam celik, dah 10 terakhir Ramadhan. Dan ini juga bermakna dah masuk fasa yang ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu, pembebasan dari api neraka. Dan dalam 10 terakhir Ramadhan ini juga terdapat satu malam yang dinamakan Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Seperti yang disebutkan dalam surah Al-Qadr, dimana pada malam tersebut, Allah akan memerintahkan para malaikat dan Jibril untuk turun ke dunia untuk mengatur semua urusan.


Dan untuk mendapatkan Lailatulqadar ini, ada sebahgaian ulama mengatakan bahawa malam qadar ini adalah pada malam-malam yang ganjil. Seperti hari yang ke 21, 23, 27 dan sebagainya. Dan di 10 terakhir Ramadhan ini juga disuruh untuk perbanyakkan zikir dan doa.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:" Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah kami".


Dari itu para pembaca sekalian, rebutlah peluang yang ada untuk menambah amalan-amalan kita di 10 terakhir Ramadhan ini. Perbanyakkanlah zikir dan doa. Semoga kita dapat menikmati kemanisan Lailatulqadar di samping Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Insya Allah. Wallahu'alam.

~Bi Taufiq Wa Najah~


Salam'alaik kepada para pembaca sekalian. Semoga sentiasa di bawah naungan Rahmat dan KeredhaanNya.
Sempena minggu peperiksaan ini, penulis selaku wakil dari Persatuan Al-QudS ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mahsiswa KUIS secara amnya dan kepada mahasiswa Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah secara khususnya, dalam mengaharungi peperiksaan akhir semester yang akan tiba tidak lama lagi. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua. Insya Allah. Banyakkan berdoa dan jangan lupa untuk berusaha dan seterusnya bertawakkal kepada Allah.
Firman Allah s.w.t. " Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal".-Surah Ali Imran:159
Akhir kalam, Hazzun Said lil imtihan niha'i. Bi Taufiq Wa Najah. Insya Allah.
Wassalam.