Peristiwa Nakbah

Salam'alaik. Hamdan lillah... setinggi-tinggi kesyukuran ku rafakkan ke hadrat Illahi, kerana dengan rahmat dan kurnia Nya, dapatlah Penulis menulis entry baru pada semester baru ini. Kiranya, tidak lambat lagi untuk Penulis mengucapkan ahlan wa sahlan kepada mahasiswa baru di KUIS ini. Tahniah juga Penulis ucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang berjaya dalam imtihan sem lepas. Dan tahniah juga kepada senior-senior yang bakal graduate pada konvo tahun ini. Mabruk 'ilaikum.

Alhamdulillah, pada kali ini Penulis berkesempatan untuk menulis sebuah lagi entry mengenai peristiwa Nakbah. Sebelum kita pergi lebih jauh, Penulis ingin menulis sedikit muqaddimah mengenai perkataan Nakbah. Nakbah dalam bahasa Arab bererti 'malapetaka', 'bencana' atau 'kemalangan'.

Peristiwa Nakbah ini adalah satu peristiwa yang berlaku di Palestin pada tanggal 15 Mei 1948. Pada tanggal 15 Mei itu, telah berlaku pengusiran terhadap penduduk di Palestin secara beramai-ramai dari kampung halaman mereka, oleh tentera Zionis lakanatullahi alaih. Ini adalah disebabkan oleh penubuhan negara haram oleh kaum Yahudi di negara tersebut.

Dalam peristiwa ini juga, ramai rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan ganas oleh tentera Zionis. Perancangan untuk menubuhkan negara Yahudi telah bermula lebih 50 tahun sebelum peristiwa tersebut.

Asal usul organisasi Zionis sedunia.
Organisasi tersebut telah ditubuhkan oleh seorang wartawan berbangsa Yahudi yang bernama Theodore Herzl. Beliau telah mengasaskan satu gagasan Yahudi dalam bukunya yang berjudul Die Judem Stat. Theodore Herzl adalah pengasas kepada World Zionist Organization. Pertubuhan ini telah mengadakan persidangan pertama di Basle, Switzerland pada tanggal 27-29 Ogos 1897. Herzl telah menawarkan hadiah yang lumayan kepada Sultan Abdul Hamid supaya baginda menjual bumi Palestin kepadanya. Namun Sultan Abdul Hamid tidak memberikan kepadanya. Baginda telah menyatakan bahawa bumi Palestin bukan hak miliknya. Ia adalah milik rakyatnya yang mempertahankan negara tersebut dengan darah mereka.

Menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah.
Namun akhirnya pada 1909, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh Yahudi Zionist, telah melakukan pemberontakan 'Revolusi Turki Muda' menentang khalifah.Ketuanya adalah seorang Yahudi dari Itali bernama Emanuel Carasso yang diutuskan oleh Herzl. Dan pada 29 Oktober 1923, Mustafa Kamal seorang pemimpin nasionalisme, dipilih menjadi Presiden Republik Turki yang pertama. Pada 3 Mac 1924, runtuhlah Khilafah Turki Uthmaniyyah.

Dan di situlah bermulanya penindasan demi penindasan terhadap umat Islam di seluruh dunia terutamanya negara Palestin. Yang sehingga kini, masih di dalam cengkaman Zionist laknatullahi 'alaih.

Akhir kalam, semoga Allah membantu para muajhideen di Palestin dalam mempertahankan bumi Palestin dari diambil oleh kaum Yahudi. Allahummansur ikhwananl mujahideen fi Gaza wa fi kulli makan.

Wallahu'alam.

W'salam.

Sumber rujukan dari suratkhabar Harakah Daily.