Showing posts with label InfO Al-QudS. Show all posts
Showing posts with label InfO Al-QudS. Show all posts

Bi taufiq wa najah~

Salamun'alaik.

Hamdan wa syukran lillah.

Sempena musim atau minggu peperiksaan ini, Penulis mewakili pihak Persatuan Al-QudS untuk mengucapkan bi taufiq wa najah lil imtihan niha'i kepada semua mahasiswa KUIS amnya dan mahasiswa diploma Al-Quran & As-Sunnah khususnya. Semoga Allah membantu kita dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Man jadda wajada. Dan jangan lupa untuk berdoa, di samping itu kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Insya Allah.

Akhir kalam, semoga antum mendapat keputusan yag terbaik. Insya Allah.

W'salam.

Muktamar Al-QudS

Salam'alaik. Hamdan wa syukran lillah. Pertama-tama sekali, penulis merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.serta ahli keluarga dan sahabat serta para tabiin dan seterusnya para penyambung rantai dakwah.

Pada 28/01/2010, persatuan Al-QudS telah mengadakan satu muktamar untuk perlantikan dan pembubaran barisan pimpinan Al-QudS bagi sesi 08/09 kepada 09/10.

Perlantikan pimpinan Al-QudS kali ini telah dilakukan menerusi sistem syura. Di mana pihak MT telah berbincang dan mermilih MT yang baru sebagai barisan pimpinan yang akan datang.


Barisan pimpinan MT Al-QudS 08/09


Majlis penyampaian sijil pengahargaan.

Barisan pimpinan MT Al-QudS 09/10



Mahasiswa dan Mahasiswa Al-QudS yang hadir.

Barisan pimpinan Al-QudS


Di sini Penulis ingin memaklumkan bahawa Presiden Al-QudS, iaitu Mohd Fithri telah diganti oleh Mohd Izzuan. Ini adalah kerana beliau telah dilantik untuk menjadi Senator AI dalam barisan kepimpinan MPM 09/10. Tahniah kami ucapkan. Di bawah ini, Penulis akan menyenaraikan barisan MT yang baru dalam persatuan ini.


PRESIDEN
Mohd Izzuan bin Zulkifli


TIMB. PRESIDEN 1
Mohd Syafiq bin Jamil
TIMB. PRESIDEN 2
Nur Syuhada bt Che Saad
SETIAUSAHA AGONG
Siti Afifah bte Jumaat
TIMB SETIAUSAHA
Hanisah bt Hashim
BENDAHARI
Noor Ashikin bt Mohd Suhaimi
TIMB BENDAHARI
Qurratu'aini bte Zainuddin
Penulis mengharapkan agar pimpinan Al-QudS kali ini dapat melakukan gerak kerja dengan baik. Insya Allah.
Wallahu'alam.
W'salam.

Bengkel Takhrij Hadis



Salam perjuangan..

Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rahmat dan kurnianya kita diberi nikmat untuk hidup bagi meneruskan perjuangan menegakkan islam..

Insya-Allah pada 1 julai 2009 hari rabu akan diadakan bengkel takhrij siri ke 5 anjuran jabatan al-Quran dan al-sunnah. Diwajibkan kepada semua pelajar diploma semester 5 Akademi Islam dan Sarjana Muda Syariah dengan undang-undang juga terbuka kepada pelajar lain yang ingin sertai terhad kepada 40 orang sahaja.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan cara takhrij hadis secara praktikal bagi membezakan antara hadis sahih dan hadis yang tidak sahih. selain itu, dapat menjelaskan kaedah mencari dan menentukan sumber sesuatu hadis, bagi menilai taraf dan kedudukannya dengan menggunakan sumber karya-karya takhrij.

Program ini sangat bermanfaat dan sangat berguna kepada mahasiswa/wi khususnya akademi islam dalam mengenali ilmu takhrij dan mengenal pasti taraf hadis.

akhir kalam, sama-samalah kita dekatkan diri dengan program ilmiah yang mana dilimpahi rahmat dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah